Pada hari itu

Hari itu, 18 September 2018, hari yang anak aku Farhan demam dan petang tu aku kena pergi PPD nak uruskan penempatan semula seorang murid untuk dia duduki UPSR pada minggu depannya. Suami aku pun demam tak boleh bangun, dan pengasuh anak pun ada hal tak dapat nak tolong jagakan anak sementara aku pergi PPD berurusan. Setelah berkira-kira, aku ambil keputusan untuk tinggalkan Farhan di rumah dan bawa Pia pergi ke PPD. Aku belakan Farhan, beri makan dan suapkan ubat lepas tu dia pun baring je di ruang tamu. Dalam setengah jam lepas tu aku aku bawa Pia dan berurusan di PPD. Tawakkallah tinggalkan anak demam di rumah. Urusan di PPD pun mengambil masa hampir sejam setengah. Selesai sahaja urusan tersebut dalam pukul 4:15, aku terus balik, tak jadi nak singgah beli apa-apa makanan di Tesco yang bertentangan saja dengan PPD tu. Pia pun tidur dalam kereta, tadi dah 2 jam menahan tidur petang. Sampai saja di rumah, Farhan baru keluar dari bilik air. Rupanya baru muntah. Balik tadi pun makan sikit saja, tu lah perut pun dah masuk angin. Aku cepat-cepat masakkan bubur. Panas badannya pula tak berapa turun, masih panas seperti tak diberi ubat. Sekali-sekala kena jaramkan. Farhan pula mengadu sejuk padahal badannya panas sekali. Cukup 6 jam saja dah kena beri ubat demam. Mujur dia dah besar ni mudah sikit nak suruh makan ubat, tak perlu dipaksa seperti masa dia lebih kecil dulu. Dia pula jenis yang akan demam dalam 3-4 bulan sekali, memang selalu demam. Kalau pergi jumpa doktor dan diberi lebih daripada 1 ubat, aku selalu termenung macam mana cara nak pujuk budak ni makan ubat 😩😞 Kalau dulu bangun pukul 2 pagi suruh makan ubat, jangan haraplah boleh masuk ubat tu, kena masukkan supp kekadang sementara nak tunggu siang untuk makan ubat.

Satu hari yang mencabar.