lepas 10 tahun macam macamlah perangai dia

haha takdelah, mengumpat MyVi aje πŸ˜‚πŸ˜‚

Minggu lepas, dari Isnin sampai Khamis kena berulang ke KL dan balik. Tiba-tiba hari Rabu pendingin hawa MyVi aku tak sejuk. Dahlah masa tu hujan, kelam kabut aku mengelap cermin depan yang aku dah halakan dengan udara panas. Dekat sejam tersekat kesesakan lalulintas depan KLCC, bersusah payah aku dok mengelap ceemin depan tu. Dalam kehujanan buka juga tingkap, bagi sejuk balik udara dalam kereta. Akhirnya aku buat keputusan nak susup sasap ke sebelah kanan. Barisan aku menunggu tu entah dah berapa lama tak bergerak. Pandailah juga aku mencilok nak ikut barisan paling kanan yang memang dah tak laju tu πŸ˜…πŸ˜…. sepanjang jalan nak menuju lebuhraya Grand Saga tu, hanya tukar gear 1 atau 2, sesekali je dapat masuk gear 3. Feel giler kaki aku 😬. Malam tu aku dah berkira-kira nak cilok ikut Jalan Langgak Golf lepas tu keluar ke Jalan Tun Razak. Haha tak sangka lak aku terpandai mengelak kesesakan yang sama depan KLCC tu pada hari Khamis. Kesian MyVi, tak pernah stress gaban macam ni. Berbalik kepada ekon yang tiba-tiba dah tak sejuk tadi, sebenarnya tak rancang nak tukarkannya pada hari ini, mungkin bila-bilalah dalam minggu ni. Tapi bila fikir balik, cuba je lah sempatkan hari ni kalau tak lama sangat untuk membaikinya, sempatlah ambil Farhan dari kelas petang lepas tu. Compressor yang rosak dan kosnya RM600.00 πŸ€‘πŸ€‘πŸ€‘πŸ€‘ Berserah je lah sebab sepanjang 10 tahun ni tak pernah meragam, sentiasa memberi khidmat thorbaik 😁 Dalam dua jam jugalah tadi, terlambat sejam ambil Farhan. Terima kasih kepada pihak kakitangan keselamatan sekolah yang ambil berat, dan mungkin cikgulah yang tunggu dia tadi. 

Skodeng Mydear lepas balik dari servis pendingin hawa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜πŸ˜πŸ˜˜πŸ˜˜