kenalah pandai-pandai sesuaikan keadaan

Salahkah kalau sekolah tak jalankan kelas tambahan? Dah tahu tinggal 3 minggu lagi nak hadapi peperiksaan, suruhlah anak belajar di rumah dengan lebih giat lagi. Kalau belajar di rumah, bolehlah menyambil makan, minum ke, mandi ke, tengok games ke, bukankah lebih membahagiakan? Tak lama nak exam nanti akan cadangkan sekolah jalankan kelas tambahan malam. Anak dah letih bagaimana nak belajar lagi pada waktu malam. Buat kelas tengah hari setengah jam selepas habis waktu belajar rasmi pun dah muak murid-murid nampaknya.
Itulah, kalau belajar berkiblatkan peperiksaan. Sebilangan ibubapa nak sekolah jalankan kelas tambahan supaya anak-anak mencapai gred A. Cuba kita belajar sebab nak jadi orang berilmu. Tak kira gred apapun yang kita capai, kita pasti gembira sebab kita lebih berilmu dari hari sebelumnya.