Ambil barang dari peti EziBox Pos Malaysia

Beli beberapa helai baju untuk Pia Sofia. Beli yang murah-murah dalam RM10 sehelai, nak tengok saiz dan kualiti barang. Hari barang sampai kita pula tidak berada di rumah.

Ada satu set arahan yang perlu diikut sebelum peti EziBox boleh dibuka untuk dapatkan barang, iaitu kena masukkan nombor bungkusan, lepas tu masukkan no. PIN yang dihantar melalui sms dan akhir sekali masukkan no.kp kita. Lepas saja pintu EziBox ditutup, satu sms akan masuk mengatakan barang dah diambil.
Comel baju ni, mak pulak geram tengok πŸ˜‚πŸ˜‚ Yang ni RM9.
Suka dapat baju Minnie. Murah je, RM9 dan kainnya pun boleh tahan. Dan adalah dua tiga barang lain yang murah dan berbaloi dengan harga.