Makan kali kedua di Kayan

Yum, yum lama tak makan daging πŸ―πŸ―πŸ˜‚πŸ˜‚
Hari ni cuba makan lamb chop di Kayan Cafe, Sungai Tangkas. Semua komponen dalam pinggan tu sedap, tapi yang paling sedap ialah sos lada hitamnya tu πŸ˜‹πŸ˜‹ Farhan makan french fries je, tak payahla ambik gambar macam tak tau plak rupa french fries kan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜ jangan marah he... Hari ni juga minum iced long black yang Farhan juga suka minum walaupun tak manis (citarasa orang tua πŸ˜‚) 
Ini kali pertama makan sana, masa tu Farhan makan mac n cheese. Banyak tu semangkuk macam tu, lain kali boleh tumpang sekaki. Hari tu aku makan kuetiau goreng (haha dalam banyak2 makanan tu aku order πŸ˜‚πŸ˜‚) sedap, tapi ada lagi yang lebih sedap. Selain daripada minuman yang dipesan, kafe sediakan sebotol air kosong dan cawan minum sama.
Tadi ingat nak bungkus apple crumble pie tapi diorg buat dalam bekas kaca jadi tak dapatlah bawa pulang. Maka seterusnya akan datang untuk makan benda manis dan kopi pula ya 😊
Yang menariknya, kafe ni ada program kesetiaan. Tu lah yang pergi hari ni, boleh tebus diskaun 15% daripada jumlah bill. Sekurang-kurangnya dapat percuma pada caj perkhidmatan πŸ‘