Walaupun Hanya Suatu Hidangan Yang Ringkas

5:31 pm

Hidangan ini amat ringkas bagi sesetengah orang, tapi sejarahnya amat besar bagi diriku, di mana suatu ketika sewaktu mula ada anak, aku terkial-kial nak sediakan makanan walaupun seringkas ini, terutamanya apabila aku balik kerja dan jam pun dah tunjuk waktu pukul 3 petang, aku akan bergegas ke kedai makanan untuk bungkus makanan malam. Berapa lama nak makan bungkus, aku pun mula merajinkan diri, meringankan tulang tumis-tumis sayur, goreng2 telur bila balik dah lambat. Akhirnya terbiasa saja, walaupun lambat tetap boleh makan hidangan di rumah yang paling ringkas. Paling malas potong sikit ayam gaul dengan bawang putih dan halia (dalam mangkuk kecil) dan masuk dalam periuk nasi apabila nasi tu hampir masak. Sayurnya celur je siram sos tiram sikit. Selesai masalah. Kalau beli di kedai, dua hidangan macam tu boleh cecah RM12.00. Anak pula tak berapa makan makanan kedai yang walaupun sedap tak kena dengan citarasa mereka yang ringkas. Jadi, walaupun beli dari kedai kena juga masak sendiri sebab anak-anak nak makan kuah sayur dengan telur saja.

You Might Also Like

0 says