Share masak-masak mi sup tiga bahan

Hidangan pagi ni cuma perlu tiga benda je, iaitu bawang goreng, sayur pak choi dan tulang ayam. Panaskan air lepas tu campak semua bahan tadi. Dengan api medium, tutup periuk dan biar reneh selama 20 minit. Dalam masa yang sama, panaskan air, celur mi dan ketepikan. Pecah sebiji telur dalam satu piring. Selepas 20 minit, rasalah garamnya, kemudian keluarkan semua bahan yang direnehkan, tinggalkan supnya saja lepas tu tutup api dan masukkan telur yang dah tersedia tadi perlahan-lahan. Poached egg dalam sup lah ni. Agak2 telur dah terbentuk, pasang api balik kecil je bagi telur tu keras sikit kuningnya, dalam 3 minit. Lepas tu  bolehlah dihidangkan.
Mata aku tak berapa nak buka lagi walaupun dah 4 jam bangun dan dah buat kerja rumah serba sedikit.