Tip-tip penjagaan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut

Mohon penjaga ambil maklum mengenai beberapa tips penting berikut

1. 7 hari pertama merupakan tempoh paling berisiko untuk penyakit ini merebak dan menjangkiti kanak kanak lain.

2. Pesakit HFMD perlu di asingkan selama 10 hari bermula dari hari permulaan gejala

3. Dalam tempoh pengasingan ini, elakkan membawa kanak kanak ke luar rumah terutamanya di kawasan yang padat seperti pasaraya, pasar malam, taman permainan dan lain lain.

4. Pastikan kanak kanak minum air dan tidak dehidrasi. Kencing yang pekat atau kurang kencing merupakan antara petanda awal air badan berkurangan.

5. Aiskrim dan minuman yang sejuk mengurangkan kesakitan dalam mulut.

6. Hal ini penting kerana air, makanan berkhasiat serta rehat yang mencukupi adalah faktor yang mempercepatkan penyembuhan.

7. Kanak kanak boleh kembali ke sekolah/ tadika sekiranya tiada lagi gejala demam dan ruam telah kering sepenuhnya.

8. Dapatkan pengesahan doktor sebelum mula membawa anak ke sekolah.

9. Setakat ini hampir 40 ribu kanak kanak di Malaysia telah di jangkiti dengan virus ini dengan 1 kematian.

10. Peranan ANDA dalam membantu usaha pencegahan penularan penyakit ini adalah amat di alu-alukan.

Kongsikan informasi ini agar wabak ngeri ini dapat di hentikan