Syed Saddiq, o syed saddiq

salam sejahtera.
acik ni dari sebelum2 ni memang tak berkenan dengan saudara syed saddiq ni, lebih2 lagi selepas sibuk sangat dia menayang surat panggilan diterima masuk belajar di Universiti Oxford, seolah2 universiti tersebut amat mendambakab kehadirannya untuk belajar di sana. tapi kalau memang itulah maksud daripada surat panggilan tersebut, acik minta maaflah, maka rugilah saudara syed saddiq ni tak pergi. eloknya syed saddiq fikirkan umur sendiri yang masih muda, bolehlah pergi belajar dahulu apa yang patut, tak perlu nak buat2 dalam dilema, nak memperlihatkan diri sendiri macam izz sangat kerana mementingkan masa depan negara dan rakyat. oh lepas tu rupa2nya dah jadi menteri. saudara mohamad sabu dilantik menteri lagikan diperlekehkan orang, inikan pula saudara syed saddiq yang pengalaman hidup pun tak seberapa. pengalaman kerja pun baru berapa tahunlah agaknya. tak apalah, mungkin memang kerjanya tip top lah, maklumlah pernah bekerja dgn Dr. Mahathir. pendapat acik tak pentingpun.
akhir kata, bawa2lah berkelakyan seperti yang sepatutnya. tak perlu nak menunjuk, tak perlu nak mengikut sgt. netizen sekarang ni ada yg bijak, ada juga yg anggap je diri sendiri tu bijak. jadilah dewasa selari dengan kekananan jawatan sekarang. good luck lah ye ...