Hari raya sehari saja, iaitu pada 1 Syawal

Ada orang tanya aku, hari ni last day raya ke?
Sebetulnya, hari raya cuma sehari saja iaitu pada 1 Syawal. Orang kita je nak 'raya' sampai sebulan. Berkira sangat sebab dah puasa sebulan, jadi raya pun nak sebulan 😓 Bila raya nak makan2, sedangkan sebelumnya dah berpuasa macam nak rak, belajar bersederhana dalam makan sampai boleh kuruslah. Baju2 pulak nak pakai yang tak patuh syariah sedangkan dalam bulan puasa beriya2 membuat pahala dengan bermacam aktiviti tadarus dan terawih. Malam2 main mercun sampai terkujat anak jiran nak tidur. Cari alasan untuk suruh orang buat majlis makan2 a.k.a open house supaya tak payah masak tumpang makan je. Tengah2 malam pun datang terjah rumah orang dengan alasan 'beraya'. Beberapa tahun ni kalau masih dalam Syawal, jalan raya akan sesak dengan kenderaan yang nak pergi open house tu. Orang kita nak raya berhabis wang ringgitlah beli pakaian, kasut dan kuih-muih.
Tak ada istilah baju raya, kasut raya, dan kuih raya, hatta raya pertama, raya kedua, raya ketiga dan seterusnya. Bulan Syawal ialah untuk kita teruskan kesederhanaan yang kita amalkan dalam bulan Ramadan (bulan puasa). Raya hanya pada 1 Syawal sahaja.