Cuba makan di restoran Mohd Chan pulak 😍😍

7:20 pm

Dah lama juga dengar pasal restoran ni, baru ni lah pergi mencuba. Pemandangan dalam restoran di ruang berhawa dingin. Nak open air pun ada.
Farhan macam biasalah, order mi. Mi wantan kicap dengan dumpling yang gebu. 
Mak order mi kari makanan laut. Tengokla lauknya, malu Oldtown white coffee tengok. Banyak kerang dalam tu. Kepah ada 2 ke 3 saiz sedang. Udang sederhana 2 ekor. Tauhu bantong macam 2 ke 3 keping. Mi kari yang lengkap dengan kacang panjang. Authenticity guaranteed 😚
Semak harga sikit. Lebih kurang harga old town, tapi lagi puas makan 🤑🤑 Menu lain aku terasa nak cuba, tapi lagi elok kalau dapat datang makan ramai2. Udang butter dengan telur masin, ketam bercili, daging goreng lada hitam, hidangan macam tu lah berharga RM15 ke atas. Lain kalilah kot ...
Em, sedap kan, licing makang 😄

You Might Also Like

0 says