Semalam pergi cuba makanan di restoran Boat Noodles Metropoint Kajang

Tak rancang pun nak makan di restoran ni semalam. Hajat nak pergi Starbucks saja sebab lepas tu kena ambil doyan, rupanya tokey doyan tercicir nama aku. Jadi panjanglah sikit langkah sampai ke depan restoran boat noodles ni 😜 alasan
Ni lah salah satu hidangan mi atas bot ni. Sejemput jer, hujung senduk. Kalau nak puas makan kena order lebih. Padanlah aku tengok atas meja pelanggan lain penuh dengan mangkuk mini tu. Satu mangkuk adalah sejemput mi lengkap dengan sup dan sedikit rencah. Rencah pun tak main2, ada daging, kulit ayam garing dan daun ketumbar. Sup pulak ada 4 perisa. Satu mangkuk RM1.90. Ada juga rencah tambahan dipanggil topping, boleh order untuk menambah kepuasan makan. Jadi untuk anak aku orderla satu mangkuk lagi.
Untuk aku order lainlah pulak 😁 Ayam panggang. Bersih panggannya, sedap rasanya chewah. Dilengkapi sos cicah perisa Thai. Ayam tu kosong, sosnya yang menambah rasa. Walaupun kosong, ayam tu sedap kerana segar dan dicuci dengan baik, takde bau hanyir.
Minumannya mahal. Iced lemon tea jer RM8.00. Dah tu penuh ais ja. Itulah yang tak best pasal restoran ni kot. Ada lagi pilihan minuman yang lain bolehlah cuba lain kali. Kesimpulannya makanan yang dipesan lazat belaka takde masalah. Restoran yang bersih dan penyediaan hidangan boleh dilihat oleh pelanggan. Selain daripada hidangan mi atas bot, ada juga hidangan untuk makan personal macam nasi goreng dan kuetiaw phad thai. Cuma minum jer la yang mahal.
Selamat mencuba bagi yang belum.