Buat apa nak kerja dua kali ...

Aku ni tunggu sangat sebenarnya server SAPS dibuka seperti sedia kala. Aku tidak mengharapkan apa2 pengiraan offline semata-mata nak menurut perintah mengadakan Hari Terbuka di sekolah. Lagipun pada pemahaman aku, keputusan peperiksaan bukanlah yang paling penting sekarang. Keputusan peperiksaan hanyalah perkara sampingan. Jadi nak buat apa aku isikan dalam pelaporan offline kemudian aku kena isi semula dalam SAPS apabila sistem kembali dibuka? Inilah yang kebanyakan guru jadi sibuk, sebab kena buat dua kali kerja. Pentadbir pun tak dapat nak buat keputusan. Semuanya TAKUT menjadi talk of the day di PPD sebab tak isi SAPS. SAPS ni pada awalnya mandatori, wajib diisi, sampaikan apabila dashboard SAPS PPD/JPN menunjukkan warna merah, mulalah pegawai berkenaan PM guru besar dan guru besar yang hampir tak tahu menahu apa2 tentang SAPS ni mulalah PM S.U Peperiksaan minta tengok mana cikgu yang degil tak siap2 lagi masukkan markah. PM pulak waktu S.U Peperiksaan nak tidur, nak membelai anak, hari Ahad malam (malam Isnin), macam dah tak ada hari dan waktu bekerja nak beritahu. Sedangkan ada saja sekolah yang di luar capaian internet memang tak boleh nak capai langsung. Dan ada juga sekolah yang gunakan sistem analisis dan pelaporan tersendiri. Sebagaimana blogging aku sebelum2 ni pun, server SAPS ni banyak masalah. Talian Helpdesk pun dah dua tahun tidak dapat dihubungi. Kadang2 kita ada masalah tentang sistem yang kita nak tanya secara langsung kepada pengurus sistem, jadi adakah masalah seperti itu akan selesai jika kita hubungi pegawai meja SAPS di PPD atau JPN? Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni? 
Jadi hari ini siaplah kerja yang seminggu tertangguh. kata laluan sementara akan diberikan esok, cuma aku harap bila trafik tinggi nanti, tak perlulah aku tunggu pukul 12 tengah malam atau bangun pukul 3 pagi untuk mengisinya.