Sayur campur goreng

Cubalah masak sayur campur seperti dalam gambar. Cendawan tiram sikit, cendawan shiitake sikit. Potong kasar jangan mayang. Perisakan dengan bawang putih. Kalau aku masak untuk dua orang makan, bawang putih ni mau 5-7 ulas baru terasa perisanya. Jangan lupa sedikit sos tiram sekadar menambah rasa, jangan terlebih-lebih. Ini kerana dua jenis cendawan tu lah yang akan benar-benar memperisakan sayur campur itu. Sayur kacang tu potong tiga, senang makan sekali suap.
Selamat mencuba dan selamat berbuka.