Tak perasan pulak kerajaan baru janji benda ni semua dalam masa 100 hari

100 hari nak hapuskan hutang. Hapuskan hutang ni macam mana, kira lupus terus ke? Buka database hutang lepas tu delete? Kena  uka juga semua dokumen tu kaji balik struktur perjanjian, siapa yang rugi, siapa yang tak patut mengaut untung, kesilapan teknikal yang ada dan lain2lah. Mungkin penstruktiran semula hutang supaya hutang terlangsai dan tak ada lagi terikat demgan hutang setelah bertahun2 membayar. Membayar balik kepada PTPTN tu pun kenapa nak ditangguh hingga mencapai gaji RM4K. Kalau gaji tak naik2 macam mana, tak payah bayar dah? Masa terima perjanjian pinjaman tu pun dah dinyatakan jumlah bayaran, contoh masa aku dulu dah dinyatakan dalam perjanjian tu kena bayar balik dalam RM150 sebulan kalau tak silap. Dalam tak mampu bayarlah juga, kadang kurang daripada yang dijanjikan. Dah habis pun, alhamdulillah. Pinjaman PTPTN ni rasanya kalau tak bayar akan dikenakan kos pentadbiran daripada baki terakhir jadi tangguh nak buat apa. Maaf jika saya salah. Kalau ditangguh pun sebab belum dapat kerja tu munasabah juga. Bila dah dapat kerja cubalah bayar balik. Mengembalikan status tu pun nak.kena buka dokumen dulu kaji semua kertas tu balik, cukup ke 100 hari? Sama dengan subsidi petrol bersasar yang kena  buat kira2, unjuran dan lain2. Semua tu nak kena bentang dulu kat dewan diorang agak cukup.ke nak dicapai dalam 100 hari, ke main pass je? Skim Peduli Sihat tu pun macam kurang perlu. Hospital dan klinik kesihatan awam semua tip top untuk rakyat. Kes kecemasan semua tolak.ke depan dulu. Yang kurang cemas tu mungkin kena tunggu sikit tapi sekarang kalau pergi klinik swasta pun kena tunggu seketika juga untuk dapatkan rawatan, bukan on the dot masuk daftar terus masuk bilik doktor. Sebelum tukar kerajaan hari tu ada klinik kesihatan/ klinik ibu mengandung dah ditambah baik untuk tampung pesakit luar. Bayaran untuk nasihat/ rawatan perubatan dan ubat baru RM1.  Klinik pakar baru RM5. In fact warganegara dapat bayaran yang rendah atau percuma lagi bagi perkhidmatan perubatan di hospital. So peduli sihat aku kena tengoklah balik apa yang lebih baiknya daripada perkhidmatan kesihatan awam sedia ada yang pada pengalaman aku sendiri dah tip top.
Yang lain2 tu rasa ok lah kot nak capai dalam 100 hari. Apa2 pun kita semua usahakan bersama.