sebenarnya encik tu yang kurang pencerahan

Tengah hari tadi beriyalah suruh mr.papa ambil aku kat tempat bertugas pilihanraya, konon nak jagakan anak sementara dia buang undi. nak pegi tempat tu je dah buang masa setengah jam, kena tunggu giliran mengundi lagi berapa lama pulak sebab aku kenalah balik ke tempat bertugas seawal yang boleh. sementara tunggu dalam kereta, aku terfikir  kot lah ketua tempat mengundi saluran tu boleh beri laluan dulu kepada laki aku sebagai ihsan aku pun petugas pilihanraya. parking jauh aku berjalan dukung anak diikuti oleh yang dua orang besar。Piah pun besar manalah nak berjalan laju asyik terjatuh aje kesian kena marah dengan aku. ok sampai ke saluran aku pun mohonlah jumpa ktm tu cerita sikit masalah aku. mula2 macam nak bagi tapi tak taulah lepas nampak laki aku dia tegur, pakai seluar capri (encik ktm tu sebut seluar pendek) tak boleh masuk mengundi. perkara ini sudah diberitahu. tanyalah isteri encik kan petugas pilihanraya. lah ada ke pemberitahuan macam tu? yang libatkan aku buat apa. saluran aku bertugas takde pun ktm aku sekat sapa2 drpd mengundi kerana pakaian. hampir nak bergaduhlah kat atas tu. dengan anak kami 3 orang, badan aku pun letih angkut anak sakit tangan sampai ke bahu. kami turun macam tu je lah. aku call jiran minta tolong jagakan anak supaya laki aku dpt pegi mengundi, dan aku balik bertugas di saluran mengundi aku. laki aku balik tukarlah seluar panjang sampai ke tapak kaki.
kalau nak buat laporan polis, ingatlah tu ktm saluran 3 kat situ tak sebut nama pun orang tahu siapa. rakyat malaysia yang ada MYKad layak untuk mengundi tak kira apa pakaianpun. lagipun, seluar capri diganding dengan t-shirt masih lagi menutup aurat dan bersopan bagi seorang lelaki. tak perlu kot nak pakai kemeja bertali leher dan berkasut tutup juga?