Stay positive ni bukan senang, bukan boleh hadap macam tu aje (petik jari)
Kita memang boleh cakap you have to think positive, you can do it, tapi realiti hidup bukan macam dalam lagu atau cerita.
Bila engkau susah, tak ada tempat engkau boleh mengadu.
Kalau engkau susah, tak ada siapa sudi nak bantu.
Kalau engkau sakit, Tuhan saja yang tau.
Semua orang akan halau engkau jauh jauh supaya tak susahkan. Mereka tak bertanya pun bila nampak engkau kesusahan takut kena tolong pulak.
Macam mana nak positif?
Dunia ini hanya untuk kita beri faedah kepada orang lain bila kita senang dan sesuai untuk dipergunakan.
Lama kelamaan aku terbiasa dipergunakan. Bukan tak nak minta tolong, cuma dah biasa dibiarkan dan dihalau untuk selesaikan sendiri.

Comments