RPH Penanda Cuti Pertengahan Tahun 2018

Assalam dan selamat sejahtera.
Cuti pertengahan penggal baru je tamat (sob sob). Acik ada masa lapang sikit hari ni buat RPH untuk cuti pertengahan tahun (2018) pulak. Kisahnya semalam duk menggosip nak count down ke cuti pertengahan tahun. Baru-baru ni terasa kerja entah apa-apa. Masih enjoy, suka sangat NAK MENGAJAR dan MINGLE DENGAN MURID, cuma tak suka kejap-kejap kena check eOperasi, kejap-kejap kena kemaskini LNPT, kejap-kejap kena check HRMIS pulak dan entahapaapaentahlagiyangaciktakberapanakberkenan (bhahaha maaf kena baca secara bersambung terus) sebab semua benda yang disebutkan tadi hari ni pentadbir cakap suruh check esoknya dah dateline sampai nak makan pun tak sempat. Benda-benda yang online kunun nak jimatkan kertas (paperless government) akhirnya kena dicetak, dari kertas sampailah dakwat mencetak (dah tentulah pencetaknya aku beli sendiri) acik keluar duit, pejabat semua jimat. Cetakan pula bukan satu, dua muka surat. Nak cetak 2 in 1 pula tak berapa nampak dah mata acik ni. Buahaha... maaflah ye kena baca lak bebelan acik pada hari akhir cuti bagi sekolah-sekolah Kumpulan B.



Oke, terima kasih kerana membaca catatan acik pada hari ini. Sebagai penghargaan, terimalah RPH ringkas seperti di atas :)
Will be back with more updates. Do check my scribd and slideshare for things that I do not update here.