Perkongsian Secebis Kisah Benar

1:03 pm

Masuk guru besar baharu,

"Panas sekolah ni. Tak ceria pulak tu. Nanti kita tanam pokok, buat landskap. Baru menarik"

Selang beberapa tahun kemudian, guru besar keluar dan diganti dengan yang baharu.

"Banyak betul pokok di sekolah ini. Bertaburan daun dan susah nak diurus. Tebang je lah pokok-pokok tu. Buat semak je. Datang ular, bahaya kat budak-budak".

Berganti pula guru besar setelah yang sedia ada bersara, seraya berkatalah dia:

"Macam mana lah guru-guru besar sebelum ini boleh hadap sekolah yang macam padang jarak padang tekukur ni".

"Pak Mat. Esok teman saya ke nursery. Kita beli dan tanam pokok!"

Memang ada dalam silibus NPQEL ye, bila GB masuk sekolah kena pegang prinsip:

Jika berpokok, tebanglah ia.
Jika tiada, tanamlah dia.
Nescaya bahagialah hidupmu.

Hehe.

Jangan marah.
Selamat Bercuti 😁

You Might Also Like

0 says