Apabila pakar membentuk sukatan pelajaran

Mengikut pernyataan dalam sukatan pelajaran ini, dijangka selepas 2 waktu iaitu selepas belajar selama 60 minit, diulang 60 minit, murid-murid tahun 4 mesti sudah boleh edit gambar, audio dan video dengan menggunakan aplikasi komputer yang berkenaan. Pakar sangat kan berdesup murid-murid pandai guna aplikasi. Orang dewasa edit gambar guna Photogrid pun terkial-kial banyak nak tanya padahal boleh aja pun klik back klik back don't save kalau tak jadi. Itu kalau akulah try and error sendiri. 2 waktu belajar TMK biasanya 30 minit minggu ni kemudian minggu depan 30 minit lagi. Tunggu murid naik ke makmal komputer kemudian nak dudukkan mereka baik2 dalam tu kemudian ambil komputer mulakan perisian baru mula mengajar ingat cukup ke 2 waktu apatah lagi 1 waktu? Oh iyalah pakar kan... Aplikasi/ perisian dalam Bahasa Inggeris. Ini biasalah murid kita ramai yang tengok B.Inggeris jadi takut.Bukan B.Inggeris tu telan orang pun cuma mereka yang banyak tak ingat lepas belajar lepas tu takutkan diri sendiri. Akhirnya bila pandai buat tu semua pun bukannya berguna kepada mereka sebab tak perlu pun nak buat tu semua. Habis kelas TMK minggu depan dah lupa. Lainlah cerita agaknya kalau pakar pembentuk sukatan pelajaran ni tadi yang mengajar. Samalah macam masa aku mengadap sukatan Jahitan Tahun 5 (Kemahiran Hidup) ada 5-8 mata jahitan termasuk jahitan hiasan yang murid kena kuasai. Aku pernah sebut kot dalam entri yang lalu. Dalam kelas sekurang-kurangnya 30 murid nak ajar mata jahitan sampai 8. Adalah strategi aku tak payah cerita sini. Tak lama lepas tu aku ada nampak dua tiga orang murid siapkan jahitan sapu tangan mereka yang lain2 tu wallaahuaa'lam.