semalam kat sini

penting macam mana gred peperiksaan ni? setakat nak tunjuk murid dapat A B C D atau E. Gred peperiksaan tak tunjuk-
1. tahap usaha murid- sebab tu ada murid sedih bila tak capai gred yang diharap walaupun dah pulun study.
2. tahap usaha guru- sedih juga sebab dah beri kelas tambahan berkoyan koyan tapi murid tak capai gred yang diharap.
3. pengorbanan ibubapa- duit dah banyak keluar hantar tuisyen beli buku tapi gred anak tak seperti yang diharapkan.
4. sumbangan tenaga warga sekolah- bertungkus lumus kemas dewan untuk program motivasi, solat hajat, bengkel teknik belajar dan lain lain tapi murid rak dapat capai gred diharapkan.
5. berkemungkinan murid tidak sihat pada hari peperiksaan
6. mungkin murid menghadapi masalah keluarga pada minggu peperiksaan
Kalaundapat gred yang baik, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, usaha lagi sampai dapat. Kalau tak dapat juga, itu bukan ketentuan kita.