Hari ni kat sini

7:37 pm

Dengan penglibatan sebahagian guru matapelajaran Sains dengan Akademi Sains Malaysia, dapatlah merasa menghadiri majlis gah anjuran Kementerian Sains. Demi menghargai sumbangan urusetia penganjuran Ekspo Ekonomi Kreatif NICE pada bulan Oktober yang baru berlalu, Kenterian Sains (MOSTI) berinisiatif mengadakan majlis penghargaan dengan dihadiri oleh YB Menteri. Tetamu telah mendengar ucapan penghargaan daripada beliau yang mana saya rasa suka mendengar ucapan sebegitu (tidak bosan dan mungkin dekat hati saya sebagai guru sains), disusuli oleh majlis penyampaian sijil penghargaan dan disudahi dengan jamuan makan tengah hari. Terima kasih (daun keladi).

You Might Also Like

0 says