Teringin

Cik Bib bagi aku gelang ni dah setahun lebih. Masa tu Cik Bib cakap ambillah Pandora ni, masa mula mula keluar dulu mahal. Terkedu aku Cik Bib bagi aku Pandora 😁 Balik rumah aku belek belek lagi apa lak Pandora macam pandurah adalah πŸ˜‚πŸ˜‚ tapi aku tak kisahlah sebab aku suka je gelang/ charm bracelet imitation. Yang plastik pun aku pakai asalkan cantik aku tengok. Tak lama lepas tu aku pun pusing pusing internet cari gelang murah/ imitation sebab gelang rose gold aku dah putus kan, baru aku perasan ada orang di internet yang merujuk charm bracelet sebagai pandora, macam ubat gigi orang panggil colgate atau lampin pakai buang orang panggil pampers. Padanlah Cik Bib panggil gelang tu pandora πŸ˜…πŸ˜… anyway teringin juga nak pakai Pandora tapi setakat 3 butir je macam tak lepas nak bergaya 😊 tunggulah anak abis tadika ada duit lebih sikit kot πŸ€‘πŸ€‘