Expo NICE 12-16 Oktober 2017

NICE tu apa?
*National
*Innovation and
*Creative
*Economy

@ dalam Melayunya Ekspo Inovasi Kreatif Ekonomi Nasional

Bila eventnya?
*12 sampai 16 Oktober ini

Kat mana NICE tu?
Technology Park Malaysia dekat Bukit Jalil KL

Kata ada 2 lagi tempat?
Ye. Ada lagi 2 lokasi satelit NICE. Satu di Planeterian Negara. Satu lagi Di Pusat Sains Negara (PSN)

Kenapa perlu pergi ke NICE? Why! Why?
Sebab...dalam NICE awak-awak semua boleh dapat macam-macam info pasal sains dan teknologi dalam hidup. Dari bangun sampai nak tidur balik dan dari hari ini sampai ke masa depan.

Tak susah ke nak gi TPM tu?
Kami ada sediakan 5 unit tram dari LRT Bukit Jalil dan 5 Unit Bus untuk ke tapak pameran. Kami juga sediakan lebih 2000 parking lot. Kalau nak solat ada surau dan tandas pun ada. Jangan takut!

Apa yang bestnya kat NICE tu?

Ada 5 kluster boleh di explore. Macam-macam aktiviti untuk seisi keluarga ada. Best-best pulak tu! Moh le...

1.Kluster Edutainment – pertandingan kapal terbang origami, NICE Dron GP dan awak-awak juga akan dapat tahu fasal teknologi di sebalik pembikinan Upin Ipin dan Didi & Friends. Menarik kan?

2.Kluster Wellness atau kesejahteraan – produk dari alam (bioshoppe), program pembangunan komuniti bioekonomi, bioacademy, rakan bionexus, industri berasaskan bio

3.Kluster Teknologi – food 4 future, SIRIM-Fraunhofer, technology & market radar

4.Kluster ICT – Nanomalaysia Smart Home, forum blockchain, Cyber CSI, Cyber Clinic

5.Kluster Knowledge atau pengkayaan maklumat – Malaysia 2050 Showcase – boleh masuk torowong masa, bandar & pengangkutan masa depan, rumah dan gaya hidup, hub percetakan 3D, pendidikan dan pembangunan kemahiran

Kat Planetarium ada aktiviti apa?
Di Planet kami ada himpunan 500 teleskop, National Space Challenge 2017, pencerapan matahari, si cilik angkasa, kamilah bintang, astrocon 2017, tayangan planetarium percuma & kuiz online : astronomi & sains angkasa

Kat Pusat Sains (PSN) ada apa pulak? Bukan PSN tutup ke? 
Tak lah. PSN dah buka sempena NICE. Dia orang buat macam-macam aktiviti seperti 500 Butterflies, Survive The Bunker, Laser Tag,  Extreme Sport,  Nature Secret Lab, Spark Station, Wonder’s Hub & Kid’s Discovery Place.

Kalau nak tahu lanjut nak gi mana?*
Tengok laman web kita orang
atau
Tweeter / FB / Insta : @mostiniceexpo

✳✳✳ Jom la korang...jangan lepaskan peluang ini...bukan selalu pun kita dapat terokai masa depan. Jom ajak kengkawan, family members dan sekalian suku sakat. Bawak awek pun okey jer...✳✳✳