Akhirnya aku jejak juga kaki ke sana

Sekali dua pasang hakak beli. Ada rekaan yang aku berkenan tapi tak ada stok dah tadi.  Anyways, yang beli ni pun best ba da bess hehe... Yang kelakarnya aku ni, bila aku tengok kasut tu depan mata lagi lagi lagi lawa daripada aku tengok gambar. Yang aku beli tadi kalo korang nak tau adalah antara rekaan yang aku berpendapat kurang lawa sebenarnya bila tengok gambar, tapi bila dah tengok depan mata ayamor gojes jugak.
Kedai ni nak pindah ke suatu lokasi dari Bandar Baru Bangi. Aku terjumpa kewujudan kedai ni di FB tahun bila entah yang masa tu kedainya di Taman Equine dekat dgn rumah kawanku. Sebab diorang buat sales ni baru aku bertekad nak pegi sebab harga semuanya bawah seratus RM tapi tak boleh nak berharap sangat rekaan yang didambakan tu masih ada stok, kan?
Yang penting boleh dibawa memandu. Aku tak leh bawak kete dengan berkaki ayam. Kawan aku kata pakai kasut tak rasa pijak pedal tu semua, tapi aku geli kalo tak pakai kasut huhu...

Visit www.madre.my kedai kasut cun untuk anda yang cun dan feel cun

Comments