Jangan buang masa buat ujian atau peperiksaan ke atas murid yang kita tahu prestasinya tak ke mana. Dah tiga kali ujian bulanan markahnya masih 10%, tiada peningkatan. Elok murid murid itu diberikan aktiviti pemulihan dan bimbingan yang berterusan pada masa orang lain menghadapi ujian. Apa gunanya menghadap kertas ujian dan menghitamkan jawapan sewenang-wenangnya dalam masa 3 minit, atau menyalin balik soalan, atau menulis huruf huruf yang tidak diketahui maksudnya, dan akhirnya mendapat bebelan guru kerana tidak ada apa apa peningkatan prestasi. Lebih elok masa itu digunakan untuk memberinya latihan yang bersesuaian dengan tahap pembelajarannya. Mungkin murid tidak suka peperiksaan, tapi sekurang kurangnya ia tidak akan tidak suka belajar. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran pun rasanya tak perlu nak komen bahawa cikgu cikgu tidak berusaha hingga tahap yang sepatutnya. Sila lihat terlebih dahulu apakah usaha usaha yang telah dijalankan oleh guru guru berkenaan sebelum melemparkan tuduhan bahawa mereka hanya mengharapkan untuk mengajar murid murid yang pandai sahaja. Kalau murid dah pandai, rasanya tak perlulah lagi sesiapapun nak mengajarnya. Kelas kelas tambahan kalau dikira tak cukup jari kaki dan tangan malahan berlarutan ke malam hari, tetapi prestasi tidak mencapai kualiti yang diharapkan maka seharusnyalah difikirkan semula adakah betul betul perlu kelas tambahan yang banyak. Mungkin jika bilangan pelancaran program dapat diminimakan, maka dapatlah masa yang terbazir dapat dimanfaatkan.
Peperiksaan seharusnya suatu anugerah kepada mereka yang rajin belajar. Just my two cents!