Jangan berada di luar rumah, tutuplah rumah apabila maghrib tiba

MITOS LARANGAN KELUAR KETIKA MAGHRIB DIJELASKAN SECARA ILMIAH

Maghrib merupakan waktu solat tiga rakaat yang dilakukan ketika bumi berpindah waktu dari siang menjadi malam hari. Apabila Maghrib tiba, orang tua biasanya menyuruh anak untuk masuk ke dalam rumah dan menghentikan aktiviti di luar rumah.

Mereka percaya bahawa apabila Maghrib tiba, akan banyak syaitan dan jin yang berkeliaran. Setelah Maghrib, mereka kembali membiarkan anak-anaknya untuk bermain di luar rumah.

Bagi umat Islam, larangan ini merupakan mitos yang dipercayai secara turun temurun. Biasanya kita hanya meneruskan kebiasaan orang tua dan tidak mengetahui bahawa sebenarnya larangan ini ada dalam hadis Nabi SAW.

Dari Jabir, Rasulullah SAW bersabda,

"Janganlah kamu melepaskan binatang kesayangan dan anak-anak kamu ketika matahari terbenam sehingga hitam legamnya petang hari betul-betul hilang, kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika matahari terbenam sampai saat dimana hitam legamnya petang hilang (sampai waktu malam tiba)." (HR Muslim)

Selain itu juga dijelaskan dalam sahih Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda,

"Apabila petang hari menjelang malam tiba, tahanlah (di dalam rumah) anak-anak kecil kamu, kerana pada saat itu syaitan berkeliaran. Apabila permulaan malam sudah tiba, diamkanlah anak-anak kalian di dalam rumah, tutuplah pintu-pintu (termasuk tingkap) kalian dengan terlebih dahulu menyebut nama Allah kerana syaitan tidak akan dapat membuka pintu yang dikunci dengan menyebut nama Allah, dan ikatlah kendi-kendi air kamu sambil menyebut nama Allah, tutuplah bekas-bekas atau wadah-wadah kalian sambil menyebut nama Allah meskipun hanya ditutup dengan sesuatu ala kadarnya dan matikanlah lampu-lampu kalian (apabila tidur)."

HADIS NABI SAW DIJELASKAN SECARA ILMIAH

Sebuah buku ilmiah karya Prof Dr. Ir. H. Osly Rachman berjudul "The Science Of Shalat" yang diterbitkan Qultummedia menjelaskan bahawa menjelang Maghrib, alam akan berubah menjadi spektrum cahaya berwarna merah.

Cahaya merupakan gelombang elektromagnetik yang memiliki spektrum warna yang berbeza satu sama lain. Setiap warna dalam spektrum mempunyai tenaga, frekuensi dan panjang gelombang yang berbeza.

Dalam bukunya dijelaskan bahawa ketika waktu Maghrib tiba, terjadi perubahan spektrum warna alam selaras dengan frekuensi jin dan iblis, yakni spektrum warna merah. Pada waktu ini,  jin dan iblis amat bertenaga kerana memiliki 'resonance' (gema) bersamaan dengan warna alam.

Pada waktu Maghrib, banyak gangguan atau bertindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama sehingga penglihatan kadang-kadang kurang tajam disebabkan adanya fatamorgana.

Dalam Islam, waktu maghrib dijelaskan bahawa dengan datangnya kegelapan, syaitan mula menyebar mencari tempat tinggal. Mereka tersebar dengan pemandangan luar biasa dan jumlah yang tidak ada yang tahu selain Allah.

Sebahagian syaitan takut dari kejahatan syaitan yang lain, sehingga syaitan harus memiliki sesuatu yang dijadikannya sebagai tempat berlindung dan mencari tempat selamat.

Mereka bergerak dengan cepat melebihi kecepatan manusia dengan kecepatan berlipat ganda. Sebahagian dari mereka berlindung dalam bekas kosong, berlindung ke rumah kosong dan beberapa dari mereka berlindung dalam sekelompok manusia yang sedang duduk-duduk.

Manusia tidak menyedarinya, mereka ikut mencelah supaya selamat dari penindasan saudara sesama syaitan yang juga berkeliaran seperti angin di bumi kerana yang boleh hidup hanya yang kuat saja.

Kadangkala syaitan mengganggu anak kecil untuk dijadikan tempat berlindung. Selain itu, syaitan juga berlindung di tempat kotor seperti pada lampin bayi yang sudah kotor.

Mereka memilih lampin bayi kerana ingin menjadikan najis sebagai tempat persembunyian, sehingga mendorong mereka untuk tinggal.

Anda pasti pernah mengalami kejadian bayi yang menjerit secara tiba-tiba dan ada yang menggelepar dalam tidurnya. Ia disebabkan gangguan iblis yang mengganggunya ketika dijadikan tempat berlindung.

Pada waktu maghrib, kita disaran untuk jauhkan diri dari haiwan seperti kucing, burung dan kurangkan kelajuan ketika memandu kereta kerana dikhuatiri melanggar anjing atau haiwan lain yang boleh jadi telah dirasuki syaitan, dan tidak boleh berjalan-jalan di tempat sepi atau duduk di tempat itu, atau melempar batu ke dalam bilik mandi, kebun dan laut.

Wallahua'lam...

Kredit:
infoyunik.com
detikislam.blogspot

-Debu-

copypaste selepas sey baco