EG HRMIS 2 memohon cuti rehat khas

Log masuk ke hrmis2. Pergi ke menu Pengurusan Cuti.
Tunjuk kepada Permohonan Cuti kemudian klik Pemohon Cuti.

Seterusnya akan dipaparkan no.kp dan nama kita. Klik Cuti Rehat Khas. Klik teruskan kemudian akan diminta pilih tarikh yang hendak dipohon untuk cuti. Kemudian lengkapkanlah maklumat lain yang dikehendaki.
Terdapat maklumat tentang penyokong cuti (kiri) dan Pelulus cuti (kanan) di bahagian bawah borang yang kita isi. Nama Guru Besar dan GPK1 je rasanya. Di bawah dua maklumattu bolehlah klik.hantar jika borang permohonan lengkap diisi.
Selepas klik HANTAR tadi, satu prompt akan beritahu BERJAYA DIHANTAR, kemudian window MESEJ ALIRAN KERJA akan dipapar akhir sekali. Ok, dah sedia untuk mohon CRK secara online.