Jom DIY lepa bawang putih // Let's make some garlic butter

3:08 pm

Thank you cikgu A*yu for showing me the how to!

First of all, let a block of butter (250g) softens for easy mixing later. This should take about 15 minutes. Biarkan mentega seberat 250g untuk lembut dalam tempoh sekurang-kurangnya 15 minit. Mentega yang lembut akan memudahkan proses menggaulkan bawang putih kemudiannya.
Discard the outermost part of the clove and the hard part of it, washed then pound coarsely. Ambil satu labu bawang putih. Hanya buangkan lapisan-lapisan kulit luarnya dan potongkan kepala labu yang keras. Basuhkan kemudian ketuk kasar tanpa perlu membuang kulit bawang satu persatu.
Heat a tablespoon of olive oil or corn oil or other light cooking oil and saute the garlic until it just changed a bit of colour. Not too brown please. Panaskan satu sudu besar minyak masak jenis cair/ kurang likat seperti mintak zaitun atau minyak jagung. Gorengkan bawang hingga merah sedikit. Ingat- merah sedikit saja. Goreng dengan kulit kulit sekali jangan takut.
Turn fire off and quickly mix in about 1 teaspoon of oregano. Let them cool for a few minutes. Matikan api dan cepat cepat taburkan oregano dalam satu sudu kecil. Gaulkan rata dan biar sejuk selama beberapa minit.
The last thing to do is mixing them all into the butter. Easy! Langkah terakhir hanyalah mencampurkan semua bahan tadi dengan mentega yang telah dilembutkan.
Di negara yang aman ini, garlic butter harganya dalam RM7 pada berat 180g ke 200g. Mahal kan? Nah sekarang sudah pandai buat sendiri garlic butter ni, hampir  setiap hari aku makan garlic bread tanpa rasa ragu ragu dan was was 😋😋

You Might Also Like

0 says