Selamat Berbuka Puasa... Hari ni nak cuba minuman berkoko dengan kayu manis Ceylon tak?

5:18 pm

Kayu manis Ceylon ni maasya allah memang manis. Boleh buat bancuh teh dan minuman berkoko. Ada kawan yang masukkan dalam ayam masak kicap pun komen manis lauk jadinya. Kawan tu pun haluskan kayu manis kepada serbuk dan tambahkan dalam teh mulberry yang juga buatannya sendiri. Tanam mulberry sendiri dalam pasu di depan rumahnya. Aku dah lama tumpang minum teh mulberry-kayu manis jadi sekarang nak cubalah sendiri amalkan kayu manis ni. Buat masa ni suka sangatlah minum dengan minuman berkoko. Hanya patahkan 1/3 batang rendam jap dalam air panas kemudian masukkan bancuhan koko takde gula tambahan. Jika berminat bolehlah tengok FB penjualnya. Aku tak beli sendiri, ada kawan yang belikan.

You Might Also Like

0 says