Jangan panik jika tidak tukar lagi kad ATM kepada kad berfungsi debit

12:12 am

Untuk tatapan kengkawan yg x tukar kad bank lagi...sekadar berkongsi info...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bank Negara Malaysia mengarahkan semua bank..upgrade..chip ATM card..kepada chip Debit Card untuk fungsi pembelian runcit dan online sahaja..Kecuali Agro,Affinbank dan Bank Rakyat sahaja yang tidak terlibat dalam urusan ini.

Mulai 01.01.2017 transaksi pembelian runcit dan online akan di blok jika chip kad TIDAK DITUKAR kepada chip Debit Card.

Transaksi di mesin ATM boleh berjalan seperti biasa walaupun kad ATM itu tidak ditukar.

Kad ATM adalah kad yang belum upgrade kepada status Debit Card.

Debit Card ada dicetak pada kad yang ditulis MY DEBIT atau PAYWAVE atau VISA atau MASTER dan ada tarikh luput 5 tahun.

Denda yang dikenakan RM 12.70 tu bukan denda tapi caj semasa mengikut kadar bank masing-masing.

BNM arah suruh tukar sebab bank-bank buat promosi FREE untuk menggalakkan orang ramai menggunakan Kad Debit bermula September 2016. Pada Januari 2017 ini akan kembali kepada caj asal iaitu RM12.70 untuk penukaran Kad ATM kepada Kad Debit. Hanya BIMB mengenakan caj RM12.72.

HARAP MAKLUM SEMUA TENTANG HAL INI.

Jadi kalau makcik pakcik yang uzur yang memang sekadar guna ATM sahaja, janganlah dipaksa datang ke bank untuk tukar kad.

Kadang-kadang orang ramai lebih mudah percaya pada viral dan tiada sikap nak bertanya bank tentang kesahihan viral itu. Penuh dalam bank dengan orang tua yang kelihatan uzur.

TERIMA KASIH

Rabu 14.12.2016
10.30 am
Info face to face : From MAYBANK

fatasahbab@gmail.com

*catatan tuan blog:
Kerap kali situasi panik begini terjadi dalam kalangan kita. Rasanya kali ini sebab tidak mendapat maklumat yang jelas/ tepat, atau pencerahan. Macam orang tengah cerita-cerita, tiba-tiba kita masuk tak tau hujung pangkal cerita dah kalut kalut. Kita tengok orang tukar kad bank, kita pun tukar. Apa sebab ditukar kita pun tak pasti. Bila tersebar 'makluman' yang mengatakan kena tukar sebelum tarikh tertentu supaya tidak dikenakan denda bayaran lagilah panik sebab tak nak bayar lebih.
Sehinggalah makluman di atas disebarkan, aku hanya telah menukar kad debit Bank Islam pada bulan September lalu. Itupun pergi sebab kalut ada orang ajak aku pun pergilah. Jadi selepas membaca sebaran di atas, itulah saja satu kad yang aku perlu tukar sebab itu saja kad yang aku biasa guna untuk beli belah dan isi minyak. Kad Bank Rakyat memang tak terlibat seperti makluman di atas. Aku dah pegi tanya sendiri. Kad tu masih lagi status Bankcard, tak tukar pun kepada kad Debit. Kad Maybank pun masih lagi pakai Bankcard hanya untuk berurusan di ATM maybank. Satu lagi kad aku standby untuk beli belah atau online ialah kad debit CIMB aku. Tapi itupun tak urgent nak tukar. Tunggu tamat tempoh je lah.
Lagi satu pengamatan aku ialah bank-bank kita ni nampaknya tak mampu nak tangani sejumlah pelanggan yang sebegini ramai. Nampak sangat semua bank yang aku pergi orang beratur panjang dan bersesak-sesak. Maybank Kajang yang dekat restoran sate Hj. Samuri tu orang beratur sampai tepi jalan. Tapi iyalah, mungkin pelanggan2 itupun antara orang yang mencari perkhidmatan pada saat akhir. Bank-bank juga tidak mempunyai teknologi yang dapat membantu pelanggan memudahkan urusan penukaran kad. Pelanggan masih perlu menunggu giliran di kaunter untuk dapatkan kad baru. Mungkin satu bank yang berinovasi masih lagi Maybank yang dapat menyediakan perkhidmatan kaunter, kiosk dan online. Bagi perkhidmatan online, ramai lagi pelanggan yang sebenarnya tak yakin dengan tahap keselamatan internet di samping ada yang tidak mahir menggunakan antaramuka perbankan. Tapi tahniahlah Maybank sebenarnya dapat sediakan beberapa saluran untuk membantu pelanggan, cuma masih ramai yang selesa berurusan di kaunter walaupun terpaksa bersesak-sesak.
Oke harap semua tak panik lagi dah. Kalau ada kawan kita yang panik haa tunjuk je makluman ni. Memang logik. Kita kan dah banyak tahun pakai kad, boleh fikir sikit dan tak perlu nak kalut.

You Might Also Like

0 says