Tips Penyediaan Cepat Makanan Bayi

Makanan bayi ni kalau kita nak sediakan setiap hari sikit sangat rasanya tambahan pula proses penyediaan yang rumit. Di sini saya kongsikan kaedah penyediaan yang cepat dan bervariasi.
Inilah rupa bubur atau nasi yang telah dimasak hingga lembik bersama sayurnya. Biasanya sayur lobak merah untuk memaniskan rasa nasi. Untuk perkenalkan rasa sayur yang lebih pahit, bolehlah kurangkan sedikit lobak dan tambahkan batang sayur yang pahit seperti sawi dan sawi jepun, atau sedikit bunga brokoli. Boleh juga sesekali renehkan satu sudu besar kacang pis yang telah dibuang kulit bersama.
Bubur yang siap dilumatkan dengan pengisar makanan bolehlah disimpan dalam beberapa bekas kecil untuk 3 hingga 5 kali makan, biasanya akan habis dalam masa 2 hingga 3 hari. Bekas2 di atas adalah bekas kaca makanan bayi Heinz yang tidak dibuang selepas dihabiskan makanannya. Untuk tahan lama, simpan sejuk beku.
Selain daripada hanya makan bubur yang dikisar tadi, bolehlah beli makanan bayi tersedia seperti di atas yang bileh ditambahkan kepada bubur yang kita buat sendiri tadi. Bolehlah cuba variasi lain makanan bayi Heinz seperti parsnip and carrot, coucous and vegetables, pumpkin and sweet corn, atau pumpkin and ricotta. Boleh juga kalau nak tambahkan bijirin bayi yang kering (baby cereal) seperti Nestum ayam dan sayur, Nestum sayuran, atau Milna semur daging dengan kacang pis.
Inilah caranya memanaskan makanan bayi dalam bekas kecil tadi. Keluarkan makanan bayi yang dibekukan untuk mencairkan ais yang terbentuk dan menyesuai dengan suhu luar peti sejuk, dalam 10 minit. Sebelum tempoh memasak nasi tamat, masukkan saja bekas kecil berisi makanan ke dalam periuk nasi.
Contoh makanan Fia #sofisofia #sofia hari ni ialah bubur lobak yang nampak banyak tu yang dicampur dengan sayuran manis Heinz tadi. Kalau nak tambahkan makanan bayi yang dibeli basah tu, keluarkan dulu dari dalam peti sejuk supaya tidak terlalu sejuk apabila dicampur kepada makanan yang dipanaskan tadi iapun akan panas sama, sambil itu juga sejukkan sedikit makanan yang panas tadi. Kalau nak masukkan bijirin bayi yang kering, tambahkan sedikit lagi air supaya tidak terlalu pekat. Kalau pekat sangat, susah bayi nak telan. Fia suka bubur yang ada bijirin kering tu cair macam makan bubur kacang. Dengan cara ini, cepatlah makanan bayi dapat disediakan dan dapatlah anak kita merasa beberapa jenis perisa makanan. Kita pun senang nak sediakan makanannya dan tidaklah ada pembaziran makanan akibat memasak banyak tapi hanya nak makan sedikit. Esok2 Fia dah besar lagi, mak nak stok sup ayam pula dalam penyejuk beku.