10:05 pm

Tahun lepas terlepas peluang menanda. Malam Ahad anak demam, aku tak tidur malam, surat panggilan pulak sampai lambat, panggilan telefon memaklum pun tak ada. Aku ingatkan tak dipanggil. Ketua kata takpelah tak dapat datang kali ni.
Tahun ni dapat tawaran tapi tak dipanggil. Kalau dipanggil pun aku susah nak penuhi sebab tugas hari Ahad, benda yang aku paling nak elak dalam kerja. Bayangkan kalau bertugas Sabtu pun berterih aku nak datang, hari Ahad lagi tak payah cakap banyak, akan buat aku sedih dan terguris.
Sebab hati aku rasa kesukaran, kepala aku ambil keputusan untuk tidak memohon untuk menanda lagi. Kalau dapatpun aku nak tolak. Kata orang jalan mAsih jauh, perkara boleh dibawa berunding. Aku hanya nampak dinding.

You Might Also Like

0 says