Sup Lala

2:57 pm

Hidangan untuk 1-2 orang.

Bahan-bahan:
8-10 kerangan lala besar dibersihkan
6 hiris bawang kuning
4 ulas bawang putih diketuk dan dicincang
4 hiris halia
1 senduk daun ketumbar dipotong kasar

1 setengah cawan air suam

1 sudu kecil perencah tomyam

Cara penyediaan:
1.Dengan api sederhana, tumiskan bawang kuning, bawang putih dan halia hingga sedikit merah dan naik bau.
2.Masukkan daun ketumbar. Tumis dalam 2 minit.
3.Masukkan air. Kalau suka kuah lebih boleh tambah air lagi. Tutup periuk dan biar mendidih selama 10 minit. Kuah akan mula berbau daun ketumbar.
4.Masukkan lala dan kacau dalam 4 minit. Masukkan perencah tomyam, besarkan api dan tutup periuk selama 2 minit.
5.Tutup api dan sup lala sedia dihidangkan.

Cadangan menu lengkap:
1.Nasi putih.
2.Telur dadar.
3.Kailan goreng ikan masin.
4.Sup lala.
5.Minuman manis.

You Might Also Like

0 says