Shopping baju Pia

Hari ni bawa Pia pergi beli baju. Maklumlah Pia perempuan, tak boleh pakai banyak baju abang. T-shirt dan seluar panjang untuk tidur bolehlah. Semalam ternampak tawaran jimat RM10.00 kalau beli barang kelengkapan bayi melebihi RM49.00. Oke jugalah tawaran tu daripada tak ada langsung. Pakaian bayi Tesco boleh tahan mahal juga sebenarnya tapi masih dalam kemampuan aku berbanding Kiki Lala, Kiko atau OshKoshBGosh (tak tahan yang last tu, ada hati hehe.. ) Tawaran berkenaan pun aku tengok dah beberapa kali Tesco buat.
Maka inilah hasil pengamatan tadi. Lagipun saja nak cuba bawa Pia shopping. Orang dah pandai duduk jadi bolehlah dia duduk di atas shopping trolley tadi. Mungkin pertama kali duduk di situ, member kurang selesa dan nak emak berada dekat dia dan asyik minta dukung. Emak pulak dah menonong jalan tak ingat anak (bapaknya tolak troli) kuikui... Tengok baju dalam setengah jam sambil ambil botol susu dan puting. Lepas tu pusing bahagian makanan bayi ambil susu dan biskut. Sambil tengok baju tadi, bapaknya pun dah ambil beberapa barang keperluan dapur. Minggu ni tak beli ayam. Bapaknya batuk dan bila batuk tak makan ayam. Tengok gambar siket, dapatlah beberapa pasang baju yang comel sambil jimat RM10.00. Baju yang warna ungu tu tanda harganya RM13/= tapi bayar hanya RM11.00 seperti dinyatakan pada papan harga di atas rak pameran. Barang-barang lain yang tidandakan di atas resit adalah kelengkapan dan pakaian bayi yang telah dibeli berjumlah RM49.00 ke atas telah diberi diskaun (Clubcard Voucher) sebanyak RM10.00 tadi.
Lepas ahopping, singgah restoran OldTown di tingkat bawah Tesco dan makan sampai kenyang. Tapau lagi karipap besar dua ketul... eh... keping, hehe...
Eh apa cerita Pia? Mengantuk sangat bila sampai rumah. Minum susu sebotol terus tidur. Dapatlah emak kemaskini blog.
Baju yang dia pakai ni berharga RM14/= beli di kedai baju berhadapan Metropoint Kajang.