Roti hangit (salin dari whatsapp)

Seorang anak menceritakan:
Setelah sepanjang hari ibuku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. *Ibuku* *meletak* di hadapan ayahku *roti bakar*, tetapi roti *hangit* sepenuhnya._
Ayahku *menghulur* tangan, mengambil cebisan roti *sambil* *tersenyum* manis *ke* arah *ibuku*.
Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.
Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku *terbayang* sampai saat ini, bagaimana aku *melihat ayahku* menyapu roti dengan butter dan jem, lalu *memakannya tanpa bersisa.*_
Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon *maaf* kerana *roti hangit* ketika dia membakarnya._
Dan aku tidak akan lupa jawapan *ayahku* terhadap permohon *maaf ibuku.*_
Sayang...,* jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.
Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan *roti* dibakar sampai *hangit*."
Ayahku merangkul aku ke dadanya dan *berbisik ayat-ayat* yang perlu diteliti:
Anak ku, hari ini *ibumu* telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat *letih*.
Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, hatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati._
*Hidup* ini *memang* penuh dengan *kekurangan*, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
_Kita *perlu* belajar *membiasakan* diri menerima *kekurangan* pada setengah urusan, kita perlu *bersikap terbuka* dengan keaiban orang lain._
_Ini antara *perkara* penting *dalam* membina *hubungan* dan akan *menjamin* hubungan *kekal* utuh._
_*Jangan* sampai roti yang hangit *sedikit* menjadi punca *berkecai hati* yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. *Abaikan* perkara-perkara *remeh*._
_Asyik *membantah* akan *mematikan* kelazatan *sesuatu* perkara._
_Sebab itulah *pokok* yang *ditiup* angin berterusan akan *kehilangan* daun dan berguguran *buahnya*._
_Begitulah *perumpamaan* seseorang *yang* selalu terdedah kepada *kritikan* pedas, dia akan menjadi manusia *nagetif*._
_*Pujilah kebaikan* orang sekeliling kamu, langkauilah kesilapan mereka._
_Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia membuka hati._


Kalau kita masak tak sedap laki kita tak kata apa2 pun dah kira ok. Dia takkan cakap dia teringin nak makan benda tak sedap tu. Kalau letih, dah siap kerja pergilah tidur. Kalau kerja tak siap, sambung je lah bila bangun tidur nanti. Jangan main game.