Mesin basuh terpaksa bekerja lebih masa pada hari ini

Sofia demam tak berapa tinggi sejak petang Selasa lepas. Ingat nak jaga dia di rumah tengah hari Rabu esoknya tapi aku pula yang demam. Dengan badan yang tak sihat pun jaga jugalah si kecik yang tak dapat tidur. Aku pun sms PK1 maklumkan nak cuti sakit. Dalam pukul 6.45 hantar budak2 ke rumah pengasuh di sebelah (mujur kan pengasuh anak jiran sebelah je), aku pun konon nak tidur kejap tunggu 7:30 nak ke KK Beranang. Jam bunyi tapi aku tutup pastu memang terlajaklah pukul 7.45 bangun juga sebab mc punya pasal. Dalam pukul 8.05 sampai sana alhamdulillah lalok mengantuk dapat memandu dengan cermat dengan izinNya dan dapat giliran 18. Macam tak jauh tapi aku dipanggil untuk saringan pada pukul 9 lepas tu doktor panggil masuk tak ingat pukul berapa, dan aku tinggalkan KK Beranang dalam pukul 11.05. Aku tidur tak tidurlah di bangku yang disediakan. Mujur ada penjual makanan bergerak di luar KK Beranang, dapatlah isi perut sikit sebelum pegi makanan lain. Sampai rumah selepas beli makanan dan beli susu Sofia dah pukul 12 tengah hari. Singgah kejap rumah jiran tu tanya pasal Fia masih lagi demam dan nampak macam nak kena campak biasa. Entahle aku pun tak tau apa tu campak biasa. Measels? German measles ke? aku makan dulu bubur lepas tu tidur sampai pukul 3.45 terus bangun, makan leftover tadi dan ambil Fia bawa dia pi klinik pula. Sampai sana dalam pukul 4.10 misi halakan ke kaunter 6 untuk ambil darah tapi juruteknik perubatan gagal mendapatkan darah kerana Fia tembam terlebih. Cucuk di tangan pertama kali tak nangis, lepas tu cucuk sebelah tangan lagi nangis sikit ek ek ek macam tu, dan cubaan seterusnya di kaki kiri terus Fia terpekik-pekik menangis. Tak sampai hati juruteknik perubatan melihat si kecik melolong lolong. Masuk bilik doktor, doktor syak sesuatu dengan ruamnya, cuma aku beritahu budak ni biasa dapat ruam kalau cuaca atau badan dia panas sikit tapi lepas mandi ok dah tak ada dan doktor pun cuma pesan kalau lepas suhu turun tapi ruam masih banyak lagi datang balik secepat mungkin. Malamnya lepas mandi badan dah tak rasa demam tapi ruam tak pergi macam selalu dan pagi ni dah merah muka si kecik. Teruslah pula berangkat pergi ke KK Kajang bawa sekali dua abangnya. Dah tanya pengasuh petang semalam dia tak dapat jagakan abang abangnya kerana nak keluar. Sementara adik mendapatkan pemeriksaan doktor di dalam, abang-abang bermain di luar dalam cuaca panas dengan ayahnya. Kalau masuk ke dalam bersama sama pesakit pesakit yang lain, bimbang mereka pula dapat penyakit lain. Tadi pun dah tentu kena ambil darah dan berjaya ambil dekat pergelangan tangannya itupun selepas cuba di dua tempat lain. Setelah gagal cari vena di tangan dan pelipat siku, dua jururawat cuba sedaya upaya tepuk tepuk beberapa tempat mendapatkan darah yang lain sebelum betul betul cucuk di pergelangan tangan tu. Terpekik pekik Fia menangis mujur keluar kahak degil saja dan tak muntah susu. Keputusan siap dalam 7 minit dan doktor kata virus. Doktor suruh awasi anak aktif ke tidak dan makan minumnya mesti macam biasa. Kalau negatif bawa terus ke Kajang GH. Sampai dekat pukul 10 dan keluar dari KK Kajang dalam pukul 12 tgh hari. Sedang elok nak bungkus makanan tengah hari. Sebelum nak pergi tadi aku tak lalu makan. Memang aku dari dulu macam tu tak boleh nak makan kalau nak keluar rumah. Aku akan makan dalam perjalanan atau bila dah sampai ke tempat dituju.
Terkenang waktu tak perlu risau apa apa, tidak keterlaluan untuk mengatakan diri ini ambil mudah dengan adanya jagaan emak. Aku sakit atau sihat sekalipun, semua emak bereskan sedangkan aku hanya membantu dan tidak belajar mengambil peranan secara keseluruhan. Amat jauh berbeza dengan kehidupan semasa, dalam keadaan tak sihat pun perlu uruskan sendiri diri dan anak anak. Kalau dulu ada emak siapkan makanan, sekarang kalau diri sendiri tak bangun memasak atau pergi beli makanan, anak pun tak makan. Kepala sakit dan badan panas pun kena bangun juga memandu. Tak cukup rehat pun kena juga tegakkan badan angkat si kecik yang tembam. Dan pelbagai lagi benda lain yang tak tersuratkan di sini.
Sampai rumah je terus mandi dan cuci semua pakaian ke klinik dan kelengkapan tidur Fia. Mesin basuh masih lagi mencuci. Syukur padaNya cuaca saat ini masih lagi panas.
I am still light headed.