projek play dough lagi hari ni


seronok tengok budak2 main play dough. takdelah asyik tertonggok depan tv tak berkelip mata. ini batch baru dibuat setengah jam yang lepas dengan beberapa penambah baikan daripada kali yang lepas.
1) nak play dough lebih lembut, tambah lebih minyak sedikit demi sedikit jangan sampai melekit.
2) gunakan penitis (dropper) supaya warna tak tertumpah berlebihan ke dalam tepung.
3) pakai sarung tangan semasa mula2 mencampur warna kepada tepung supaya tidak terlalu mengotorkan tangan. pewarna makanan boleh melekat agak lama pada tangan. apabila warna dah stabil bercampur dengan tepung, barulah mudah diuli dengan tangan tanpa banyak pewarna yang melekat di kulit.
4) pandai2 campur mencampur warna asas untuk menghasilkan warna2 sekunder dan tertier.
oke selamat mencuba dengan tips diperbaiki ini!