petua cerai susu/ pisah susu

6:32 pm

saja nak berkongsi pengalaman pisahkan anak yang dah lama menyusu badan dgn emaknya yang pastinya sukar amat dipisahkan, ye tak? tahun lepas berkongsi kaedah ni dengan rakan sekerja yang juga berjaya.
masa yang diambil dalam 2 ke 3 bulan juga, dimulai dengan memujuk anak untuk tidak menyusu pada waktu siang tetapi menyusu hanya pada waktu malam saja. dalam 3 ke 4 minggu sudah boleh dipujuk untuk tidak menyusu pada waktu nak terlelap. hanya boleh menyusu dengan emak bila terbangun daripada tidur (sesudah terlelap tadi). untuk membantu pujukan ini, sapukan ubat gigi pada tempat anak menyusu. ye, macam tu lah. cakap dekat anak awak dah besar, nenen tak sedap. dia akan degil nak menyusu dengan emak, tapi bila dah menenen ya ampun ubat gigi akan mengganggu ketenteramannya. dia akan melalak lalak meradang tapi jangan dilayan. kasi marah sikit (jangan marah lebih2 pulak) dan paksa dia tidur. macam anak saya masa latihan ni ambil masa 1 ke 2 jam baru tidur. bila dia terbangun bagi je nenen nak pujuk balik. sekarang dia akan menyusu dengan mak hanya masa dia bangun waktu malam.
3 ke 4 minggu berikutnya latihan untuk tamatkan nenen terus. masa tu anak kita dah ok2 lah nak tido malam dah kurang nangis dan dah cepat sikit tertidur (dalam sejam jugak sebenarnya dia nak tertidur sendiri tapi tangisannya dah kurang atau tak menangis lagi dah). sediakan ubat gigi di sebelah tempat tidur dan sapukan ubat gigi tu bila dia nak menyusu dengan kita sambil cakap yang sama awak dah besar, nenen tak sedap. sekarang akan sambung lagi espisod nangis dan susah tido tapi sama gak macam tadi jangan dilayan, gertak sikit dan paksa dia tidur balik. ini akan berlarutan untuk beberapa minggu lagi tapi tahan je lah ye.
selamat mencuba.

You Might Also Like

0 says