Lagi usaha mencekik darah rakyat

Aku nak tau sangat taraf pendidikan para pemikir dalam jabatan kerajaan ni sampai nak membendung penyakit kencing manis dengan mencukaikan minuman bergula. Maksudnya, kalau minuman manis mahal kita tak minumlah lepas tu takdelah kena kencing manis. Macam tu ke? Tak lama lagi, tepung, beras, minyak, daging lembu, daging ayam, ikan dan bawang pun akan dicukaikan untuk mengawal keobesan. Harga rokok sentiasa dinaikkan juga tetapi itu tidak menghalang mana-mana individu daripada merokok atau merokok dengan banyak. Ini bukan strategi nak menjaga rakyat. Kalau betul nak jaga kesihatan rakyat, sediakanlah perkhidmatan perubatan yang tip top dan gandakan kempen2 kesihatan yang berkenaan. Balik2 paksa rakyat keluarkan duit lebih kononnya untuk sihat. Lepas tu duit tu pergi mana? Takde pun aku nampak sekolah baru, hospital baru, pusat hospis yang canggih dan lain2 yang dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Masa memeras cakap untuk kebaikan rakyat. Bila rakyat bagi duit, masuk poket ... korang jawabla sendiri