I was there ...

Yup, APC Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kakitangan Pendidikan 2015 pada 31 Mac 2016 bagi kakitangan KPM daerah Hulu Langat.
Tempat majlis diadakan dihias sederhana tapi cukup menarik. Tak ingat nak ambil gambar dan tayangkan di sini pulak he...
Folder sijil dengan sijil yang kena ditulis nama oleh diri sendiri. Memang sejak dulu begitu, kata seorang rakan yang dah tiga kali APC. Balik ke sekolah, ada kawan2 yang bertanya apa imbuhannya, aku pun tak tau apa benda hadiahnya sebab takde benda lain dalam folder tu. Pihak penganjur pun takde sebut apa2 berkenaan apa2 imbuhan. Hm... tak taulah kut takde, kan? Kut ka bagi sijil je, kan?
Para penerima bergambar kenangan di majlis yang gemilang.
Balik tu terus belanja orang dekat makan dan malas nak masak. Bungkus belut panggang dan sup hamaguri Sushi King. Dalam perjalanan balik baru ingat takde sayur sebab mr.daddy makan mesti bersayur. Dah fikir nak goreng dah, tapi teringat kat restoran nasi arab tu ada Arabian salad. Hentam je labu, janji ada sayurnya. Lain kali kalau bungkus makanan sushi king, kena order sayur tenpura sekali. Aku pun sebenarnya suka melantak Arabian salad tu, nak nak kalau ada salmon goreng sekeping.