Kisah APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) jabatan kerajaan Malaysia

Aku bukan tak bersyukur, tapi Korang fikirlah. Hadiah APC ni apa, RM1000.00 kan? Belum dapat dah kena bayar, macam main tikam-tikam pulak. Kata nak bagi kita hadiah tapi kena bayar dulu. Tak tahulah sama ada kerajaan Malaysia yang mintak atau penganjur (PPD) yang mintak. Nak adakan majlis keraian (bagi kita makan) untuk kita tapi suruh kita bayar, macam orang buatkan surprised birthday party untuk kita lepas tu birthday girl kena bayar. WTF lah, kan? Tahun bila pulak, aku dengar imbuhan tu dapat dalam bentuk sijil simpanan premium yang boleh dituntut selepas 6 bulan. Dah le bagi ciput, pas tu hanya boleh dapat selepas 6 bulan. Apo macam tu? Lepas majlis tu rakan2 setugas atau AJK kebajikan tempat kita bekerja pun menanya-nanya bila nak belanja, nak sponsor apa2 tak, kalau kat skolah karang guru besar kita seboklah bagi bayangan nak kita belanja sekolah apa2. Wat la yu gais, ingat 1000rm tu 1000 dinar ke? Tak payahlah nak buat2 tanya dan buat orang yang dapat imbuhan ciput tu serba salah. Kalau dia nak belanja uolls, tak payah tunggu APC pun.
Bagi diriku, aku bukan tak bersyukur, cuma kalau ada penambah-baikan, kakitangan yg dapat APC ni tentu rasa lebih dihargai.