Jerebu oh jerebu

Beginilah rakyat Malaysia!
Untuk pengetahuan tuan/ puan yang tidak tahu, segelintir guru juga adakalanya terpaksa bawa anak ke tempat kerja/ semasa bertugas apabila sekolah perlu buat aktiviti seperti perkhemahan, kelas tambahan hujung minggu dan aktiviti solat hajat. Terbeban?
kalau dah jenis manusia yang suka mencari salah orang, sampai bila-bila dalam keadaan apa pun akan bersikap sedemikian.
Cikgu makan gaji buta? Hahaha!!! Ahli Parlimen lagi ramai makan gaji buta tetang-terangan lagi. Tak payahlah Encik Fazlierudin Baharuddin nak perli-perli untung hidup jadi cikgu. Engkau tak dapat cuti kan, tu la yang engkau cemburu sangat. Engkau pergila cari alasan lain nak kata cikgu-cikgu makan gaji buta.


Ada juga guru yang dulunya engineer. Apa komen anda? Kalau saya rasa saya hebat, saya pun tak buka FB dan buang masa komen kat sana. Baik saya dah buat business connection dengan sesiapa mengikut education level saya hahaha... 
Lawak sikit...
Kesimpulannya, rakyat Malaysia masih cemburu dengan warganegara yang bergelar guru. Guru banyak cuti? Guru kerja separuh hari? Guru bergaji besar? Guru makan gaji buta? Baik kamu semua bertaubat cepat sebelum lagi banyak hati kamu mengata-ngata.