jerebu oh jerebu (3)

11:44 pm

Danny boy demam lagi agak tinggi malam ni. Ni mak tengah tengokkan suhu badan supaya turun. Masalahnya nafas berbunyi kuat dan tak pernah terjadi kepadanya sebelum ini. Dalam 3 hari lepas bermula dengan selesema yang meleleh. Sehari dua lepas tu dah mula kedengaran batuk batuk yang jarang. Bawaklah dia jumpa doktor bila ada demam sikit petang tu. Doktor perskripsikan polarax syrup. Mula bagi ubat malam tu Danny bernafas berbunyi masa tidur. Ada muntah sikit. Ada batuk batuk yang kuat sekejap. Sambil tidur dengan nafas berbunyi dan batuk kuat sesekali. Memang tak lelaplah. Semalam mula bagi bromhexine. Nafas masih berbunyi dan demam malam macam semalam. Makanya mak pun menggoogle sikit.

You Might Also Like

0 says