baru baik demam

12:49 pm

si abang baru baik demam. tengah hari sabtu pergi tesco dengan ayahnya, balik rumah dia mengadu panas. rupanya dah demam. suhu telinga dah 37.8. terus start PCM. petang ok lagi mood dia. dalam pukul 6pm dah layu dan tertidur pasal tak berselera makan dan minum susu pulak loya agaknya. hanya makan biskut kering dan minum air kosong atau Ribena. menjelang malam dah mula meragam dan susahla nak bagi makan ubat. masukkanla suppository sambil ajak makan biskut dan minum air. muntah sikit sebab perut dah masuk anginlah tu. bila dah malam panas badan pulak tak berapa turun. kesan ubat pun sekejap saja dlm 4 jam dah panas balik. melumur airlah semalaman bawah kipas di ruang tamu yang sejuk sikit berlantaikan jubin putih tu. aku pun baring kejap2 nak pastikan badan dia tak panas sangat. tunggu pukul 5 pagi nak bagi ubat lagi. dia pun susah nak lelap mungkin badan panas dan aku pulak asyik mengelap badan dia kesemua celah. menjelang 5pagi masukkan sups tu sebiji lumur air lagi sampai dah tak panas. ayah dia bangun aku pun bolehla tido kejap. badan dia pun dah tak panas boleh tidur dah la tu. hari ahad semalam dah nampak nak baik dah demamnya. selera makan pun dah ok cuma tak masuk susu. malamnya dah ok dan maknya dapatla tidur mati.

main air di luar rumah kejap pada waktu panas tanpa jerebu hari ni.

You Might Also Like

0 says