Selamat Hari Kebangsaan

Hari Kebangsaan sebagai suatu hari peringatan kepada sejarah perjuangan anak tempatan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah dan membentuk aspirasi demi masa depan sendiri.
Namun perlukah hari peringatan ini disambut dengan berlebih-lebihan? Rakyat berkumpul mendengar hiburan bermalam-malam di luar bercampur-gaul tak tentu kenalan. Kemudian paginya sambung lagi.
Kita ni nampaknya sambutan Maulud dan Maal Hijrah saja yang kita pandai sederhana - serba sedikit ucapan, persembahan, aktiviti sampingan, pakaian, dan lain-lain. Tak perlu pula sampai bertengah-tengah malam nak menyambut, nak memperingat. Kita tak belajar terapkan kesederhanaan ini dalam sambutan yang lain pula. Rasanya tak lari maksud kalau dijalankan secara sederhana kerana apa yang paling utama ialah dalam hati kita, dengan tindakan harian kita menunjukkan kita memperingati dan menghargai sejarah perjuangan itu dan menjalankan fungsi kita dalam memelihara kesejahteraan yang terbina daripada sejarah itu.