pos pukul 3 pagi

Anakku demam lagi, kali ni Farhan pulak dengan muntah2 sekali. Sayang si anak, badannya nampak kurus sangat. Apa yg dimakan petang tadi semua keluar balik sikit demi sikit. Dah bawa dia ke klinik ambil ubat tahan muntah dalam pukul 10 malam tadi, tapi tak makan pun sebab kebiasaan Farhan bila tak selesa kerana sakit dan dah mengantuk takkan dia telan apa2. Doktor tengok tekaknya merah, doktor kata situ yang tak selesa hingga dia muntah. Tapi pada pemerhatian aku, mungkin ni tummy bug yang dia akan dapat sekali setahun tu. Malam ni agak kritikal kerana muntahnya dalam tidur. Dah buat sedikit bacaan online tadi tentang muntah. Tak perlu terlalu risau. Budak akan muntah dalam 24-48 jam. Yang penting anak ada minum air. Makan tu kalau berselera nanti dia makanlah, jangan dipaksa. Mahu juga dia minum setiap kali lepas muntah.
Tunggu pagi sama ada ke KK atau hospital.