strategi perniagaan - jika TESCO ingin percaya begitu

salam semua.
tengah hari tadi agak teruja nak pergi mmbeli belah di TESCO SEMENYIH. ada satu-dua barang murah yang ingin dibeli,sambil tu bolehlah tengok-tengok dan beli barang lain. apabila melangkah masuk saja sudah kelihatan satu tawaran yang best giler- Yeo's Justea Pic. 6 kotak individu cuma RM2.00 (ringgit terdekat). apa lagi, ambillah dua. bila balik rumah barulah nampak tarikh luput barang tu ialah pada 090215- dah luput pun kalau nak ikutkan. ya, mungkin salah aku tak tengok betul-betul sebelum beli.
-sambungan pukul 8 malam krn tadi nak mengentri kurang selesa-
begitu juga orang lain yang berebut ambil minuman tu bila nampak harganya yang luar biasa murah. mula-mula laki aku ambil satu pek enam kotak dari dalam satu karton, lepas tu  aku ambil satu pek lagi dari karton yang lain. entah2 semua kotak yang terdapat dalam troli bertingkat tu adalah minuman yg dah pun luput tarikhnya. ADAKAH ITU SEBENARNYA STRATEGI PERNIAGAAN TESCO? ini bukan kali pertama kena. kakitangan tesco akan letakkan barang jualan dalam keadaan yang mengelirukan pengguna. laki aku beli dua pasang seluar panjang untuk dipakai bekerja kerana pakaian itu diletakkan di bawah papan potongan harga. bila nak bayar rupanya tiada potongan harga. bila ditanya, papan potongan harga tu hanya untuk pakaian kanak2. disangka murah rupanya mahal. disangka tawaran rupanya penipuan.