adakah aku akan berkira bila GST dikuatkuasakan nanti ...

salam semua...
tengah hari semalam berjalan-jalan dengan anakandaku Farhan. membeli sedikit keperluannya kemudian makan-makan dan berhibur. apa sangatlah aktiviti yang dapat dibuat oleh anak bandar. nak panjat pokok, tanah pun takde belakang rumah. nak main air, takde kolam. nak kejar ayam jauh sekali. nak main baling selipar kena pulak pintu gelongsor kaca. apa lagi, kenalah belanja. main apa2 atau belikan apa2. demi si anak, aku biar dia naik kiddy ride 3 kali, itu berjumlah RM3.00 dan belikan belon helium Boboiboy RM8.00. iyalah, sesekali aku belanja dia taklah luak banyak mana pun.
berapa jumlah tadi?? RM11.00. kalau dah diGSTkan?? kali berapa? 6 peratus kan?? pada masa depan, sudahlah harga barang MEMANG AKAN NAIK MACAM BIAS, ditambah pula dgn perasionalisasian atau pelarasan GST (aku pinjam perkataan menteri kita masa kerajaan naikkan harga gula setahun dua yang lepas, rasanya anda tak perlu kira dengan mesin kira atau nak teka teki berapa aku akan bayar pada masa akan datang untuk kiddy ride yang sama dan satu belon helium Boboiboy.