SAPS Online *dubdub*

salam semua.
selalunya post aku tentang SAPS online adalah negatif. namun pada hari ni, aku nak ucapkan terima kasih kpdnya. masalah bermula selepas saja aku impot masuk senarai nama murid thn 1 hingga 4 utk masuk markah pertengahan tahun PPT. senarai tersebut hanya dapat dilihat dalam aplikasi aku sbg S.U.P tetapi tiada dlm aplikasi guru biasa. selepas seminggu impot baru sedar masalah tu pada cuti hari wesak kalau tak silap, diberitahu oleh penolong SUP yang mengajar tahap 1. aku tahun ni tak mengajar thn 4 dan ke bawah jadi tidak peka masalah tu. jadi bila masalah ditimbulkan, aku tahu bukan berpunca dari pihak SUP. aku berjanji pertama sekali waktu pejabat esok, aku akan hubungi SAPS Helpdesk. banyaklah aku punya 'perkara pertama'! aku sibuk buat apa entah hari tu, dekat pukul 1 tgh hari baru dapat ngadap SAPS. tapi alangkah aku terkejut dalam kegembiraan kerana SAPS online telah selesaikan masalah itu. senarai nama itu sudah dapat diakses oleh guru-guru lain juga. tak perlulah aku rujuk SAPS helpdesk pd hari itu.
terima kasih dan teruskan kecemerlangan. kalau betul 'memudahkan' kenalah tunjuk memudahkan :)